Selasa, 28 April 2009

PROGRAM KHEMAH MEMBACA


Program Khemah Membaca telah dijalankan pada 27 April 2009 . Peserta terdiri daripada murid-murid Rakan Pembaca. Seramai 132 orang murid telah mengambil bahagian. Berbagai aktiviti Nilam tahap Rakan Pembaca dijalankan iatu ulasan buku , membaca bersama , berlakon , bercerita , membuat promosi buku dan lain-lain. 

PERLANTIKAN PENGAWAS


Ucapan penyelaras PSS : Pn. Hamidah bt. Othman

Bacaan ikrar diketuai oleh ketua pengawas PSS: Muhammad Affiq b. Abdullah

Penyampaian watikah perlantikan oleh guru besar : En Jamaludin b. Jaapar

Barisan pengawas PSS  2009.       

      Perlantikan Pengawas PSS telah dijalankan pada bulan April 2009.   Seramai 60 orang murid telah menerima  watikah perlantikan pengawas PSS daripada En. Jamaludin b. Jaapar Guru Besar SK. Senawang. Majlis berlangsung di Dataran Ilmu SK. Senawang.                                                         


KENALI PSS SK SENAWANG


PSS Senawang merupakan PSS Cemerlang peringkat PKG Ampangan dan Negeri Sembilan. Pada tahun 2008 PSS SK. Senawang telah menerima Anugerah PSS Terbilang Hari Kualiti Peringkat Negeri Sembilan dan akan mewakili Negeri Sembilan ke Pertandingan PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2009.