Jumaat, 26 Jun 2009

PROGRAM GALAKAN MEMBACA

Program galakan membaca diterapkan kepada murid-murid bagi melahirkan minat  membaca yang tinggi. Berbagai  program dilaksanakan oleh PSS seperti bersajak, bercerita, syair ,story telling, . di samping itu , PSS juga menekan program Nilam seperti laluan iqra', khemah membaca, ulasan buku cerita dan sebagainya.

Pengawas PSS sedang mengemas kotak pinjaman pukal setelah digunakan oleh murid-murid ketika Laluan Iqra'

Murid-murid membaca buku di Dataran Ilmu sementara menunggu loceng berbunyi.

Si celik dari tahun dua menyampaikan sajak dengan penuh perasaan.

Penyampaian cerita kisah-kisah  nabi oleh murid tahun enam.


Aktiviti "story -telling" murid tahun lima.

BENGKEL MEMBUAT LABEL

            Bengkel membuat label telah dijalankan bagi memberi pendedahan kepada guru-guru bagaimana hendak membuat label dengan menggunakan "polycarbonat board"... bukan apa.. PSS banyak nak pakai label... kalau dah pandai buat sendiri .. jimat la sikit.

          PSS jemput En. Abdullah Jurjani untuk memberikan tunjuk ajar kepada guru-guru.. nampaknya dia orang ni cepat dapat ..maklumlah cikgu... eh.. GB pun turut serta , dapat siapkan satu label ... kalau sorang satu nampaknya banyak juga yang PSS dapat ... itulah strategi....







Khamis, 25 Jun 2009

NAIK TARAF BILIK-BILIK KHAS PSS

Bagi menyahut cabaran PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2009,
fokus utama ialah  naik taraf bilik-bilik khas... apa lagi ...buat gotong-royong ...JOM la...


Sapu bersih-bersih tau .. (makmal ICT)

Cantik kertas bunga tu .. kalau dah siap nanti tentu  cantik bilik ni ( Bilik Muzik )

Dah cantik tapi nak lagi cantik ( Bilik Seni )